Sabtu, 13 November 2010

Dear Friend - Stacie Orrico



Hmm..
dear friend by Stacie Orico.. Hampir satu tahun kim x dengar nie leps SPM hbs,.
dulu2 time spm kim suke gune lirik nie dlm karangan dalam bahasa english kim( kim xda idea nak boh apa so bah je apa yg tau) .
lirik2 nie memang salah2 satu lirik yg sangat indah susunan perkataan...bile kim dengar semula lagu nie..
sebak rasa dihati bile teringat semua org yg pernh wujud atau muncul secara tiba serta orang yang terpaksa tinggalkan yg buat kim happy,buat kim sedih.buat kim bahagia.ketawa
kim harap sangat kim kan jadi mcm dalam jalan cerita lirik lagu nie.
Hope soon i'll be found someone that appreciate me
; )

""Dear friend, What's on your mind
You don't laugh the way you used to
But I've noticed how you cry
Dear Friend, I feel so helpless
I see you sit in silence
As you face the pain each day
I feel there's nothing I can do
I know you dont feel pretty
Even though you are
But it wasn't your beauty
That found room in my heart
Dear friend, you are so precious dear friend

Dear friend, I'm here for you
I know that you don't talk to much
But we can share this day anew
Dear friend, Please don't feel like you're alone
There is someone who is praying
Praying for your peace of mind
Hoping joy is what you find
I know you don't feel weak
Even though you are
But it wasn't your strength
That found room in my heart
Dear friend, you are so precious, dear friend

La la la la
La la la la ah ah
La la la la
Ooh Ooh  (Repeat)

Dear friend, you are so precious, dear friend""

BY TAKIM92

Sabtu, 25 September 2010

Masjid Alwi, Kangar Perlis

Selamat datang ke negeri yang paling kecil di Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Perlis. Perlis merupakan sebahagian daripada Negeri Kedah sebelum tercapainya kemerdekaan Tanah Melayu ataupun Malaysia pada 31 Ogos 1957. Luas permukaan negeri Perlis adalah 810 kilometer persegi dan berada di ketinggian 61 meter dari aras laut. 

Perkataan "Kangar" yang ditulis
dalam tulisan Jawi

Ibu negeri bagi Negeri Perlis ialah Kangar yang menempatkan pejabat pentadbiran, pusat perniagaan serta perkhidmatan dan lain-lain lagi. Nama Kangar dipercayai diambil sempena nama spesies helang iaitu Kangkok( Spizaetus Limnaetu). Kemajuan dan pembangunan bandar Kangar dapat dilihat dari tahun ke tahun dengan arus kedatangan pelaburan yang berminat melabur di sekitar Bandar Kangar.
          Salah satu bangunan yang tertua di Bandar Kangar ialah Masjid Alwi yang telah dibina pada tahun 1931.
Batu Sejarah Masjid Alwi
 yang ditulis dalam 4 bahasa
Sejarah masjid ini telah dicatat di atas sebuah batu peringatan di hadapan masjid tersebut. Sejarah masjid tersebut telah ditulis dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Menurut catatan masjid tersebut, Masjid Alwi, Kangar telah dibina pada tahun 1931 dengan perbelanjaan sebanyak RM 64, 684. 00. Dana bagi perbelanjaan ini diperoleh melalui kutipan wang Zakat dan Fitrah, derma dari pegawai-pegawai kerajaan yang beragama Islam dan saudagar-saudagar Islam serta peruntukkan dari Kerajaan Negeri Perlis.

Masjid Alwi,
Kangar Perlis.

Usaha-usaha mengumpulkan dana bagi membangunkan sebuah masjid di Kangar telah dijalankan semenjak tahun 1920an lagi, dan pembinaanya telah dimulakan semenjak perkhidmatan Mr. M. C Hay dahulu. Namun semasa perkhidmatan Mr. O. E Venables barulah masjid tersebut siap dibina iaitu pada Febuari 1933. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Negeri Perlis, Raja Alwi Ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalilail pada 14 Syawal 1351 Hijrah (10 Febuari 1933). Masjid yang begitu indah ini telah dinamakan sebagai “Masjid Alwi” iaitu sempena nama Raja Perlis ketika itu iaitu Raja Syed Alwi. 
Encik Hashim Bin
Taib

Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang Masjid Alwi ini, saya dan rakan sekelas saya iaitu Cik Hani Nazira telah menemu ramah Imam yang berkhidmat di Masjid ini. Beliau merupakan salah seorang daripada 3 Imam yang berkhidmat di Masjid ini dan telah mula berkhidmat di masjid ini pada tahun 1999 dan memegang jawatan Imam muda pada ketika itu.Menurut kenyataan Encik Hashim, terdapat 3 Imam (termasuk dirinya) yang berkhidmat dalam masjid ini. Pada ketika ini, Encik Hashim memegang jawatan sebagai Ketua Iman dan dibantu oleh 2 imam lain iaitu Encik Muhd Zahid b Ibrahim (Penolong Imam) dan Ku Abudllah  B Jusuh. Selain itu, terdapat 2 orang bilal yang bertanggungjawab melaungkan azan di Masjid Alwi iaitu Encik Ismalil b Hashim dan Salehudin b Bakar. Encik Muhd Fauzi b Ku Abdullah  dan Encik Muhd Firdaus b Salahudin pula bertanggungjawab sebagai Siak (Tukang Bersih) yang menjaga kebersihan dan persekitaran Masjid Alwi ini.
Suasana Didalam
Masjid Alwi.
Masjid ini telah dinaiktarafkan sebanyak 2 kali selepas pembinaannya dahulu, ianya dapat menampung bilangan jemaah sehingga 2, 000 orang pada suatu ketika. Ruang solat bagi wanita pula terdapat dua bahagian iaitu di tingkat 1 dan aras bawah. Bagi mengelakkan berlakunya pencemaran dan kecurian di Masjid Alwi, Masjid Alwi dikunci selepas selesainya solat Isyak dan dibuka semula sebelum solat Subuh setiap hari.

Di bahagian belakang Masjid pula, terdapat bangunan penginapan bagi menempatkan iman dan bilal yang berkhidmat dan terdapat empat buah rumah teres.
 Bagi mendekat masyarakat tentang ilmu agama, pihak Masjid Alwi sendiri telah mengambil inisiatif mengajurkan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang dilakukan ialah mengadakan Kuliah Maghrib selepas setiap solat maghrib setiap hari kecuali hari Jumaat dan Kuliah Asar pada setiap hari Rabu untuk wanita sahaja. Bagi kanak-kanak pula, pihak ahli jawatankuasa masjid mengajar kanak-kanak pada setiap cuti sekolah dan bagi pelajar pula dijalankan ceramah motivasi pelajar. Bagi guru yang mengajar hendaklah mendapatkan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Perlis.
Pada bulan Ramadhan pula, selepas solat Zohor akan diadakan Kuliah Khusus yang dianjurkan oleh pihak Mufti Perlis. Selain itu, pihak Masjid Alwi juga menganjurkan majlis berbuka puasa pada sepanjang bulan Ramadhan. Disamping itu, bagi jemaah yang menunaikan solat asar di Masjid Alwi, akan diberikan bungkusan bubur lambuk yang telah disumbangkan oleh YB Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Penyata Akaun Penerimaan & Pembayaran Pada Julai 2010
Masjid Alwi.
Bagi menampung bayaran bil air, elektrik dan lain-lain, pihak masjid memperoleh sumber kewangan daripada Pihak Baitulmal Perlis dan juga tabung derma am serta yatim yang diletakkan di dalam bangunan masjid. Pihak Baitulmal Perlis banyak meyumbangkan sumber kewangan kepada Masjid Alwi. Pada ketika ini, Pengerusi Baitulmal Perlis iaitu Datuk Abu Bakar Ahmad. Sistem gaji yang diberikan kepada imam, bilal dan dan siak pula bergantung pada gred sama seperti penjawat awam.
          Ketika ini Masjid Alwi  telah dilengkapi system penghawa dingin di dalam bangunan masjid. Penghawa dingin tersebut baru dipasang pada awal tahun 2010. Ianya bukan hasil belian oleh pihak masjid tetapi telah disumbangkan oleh Saudara Raja Azwin yang ketika dahulu pernah menetap di sekitar Kangar tetapi telah berhijrah ke Bandaraya Kuala Lumpur.

Di bahagian kanan Masjid Alwi berdekatan dengan tempat mengambil wuduk, terdapat satu dataran yang dinamakan sebagai Dataran Jubli Emas.Dataran tersebut telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Negeri Perlis ketika itu pada 9 haribulan Disember 1995 bersamaan 16 Rejab 1415 Hijjrah. Dataran ini sering digunakan bagi menjalankan aktiviti keagamaan seperti forum Perdana dan eskpo.
          Bagi menarik minat masyarakat datang ke masjid, beberapa program telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Bagi individu atau pihak yang ingin melakukan program pengisian di Masjid Alwi, mereka perlulah memperolehi kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.
          Tampuk kepimpinan Masjid Alwi dipegang oleh Datuk Abu Bakar Ahmad (Pengerusi Baitulmal Perlis) sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Haji Muhd Syukri sebagai Penolong Pengerusi 1 dan Haji Abdullah sebagai Penolong Pengerusi 2. Segala kaedah ibadat dan doa yang disampaikan oleh imam di masjid ini bergantung mengikut piawaian Majlis Agama Negeri Perlis dan berpegang teguh dengan ajaran Ahli Sunnah Wa’l Jamaah. Contohnya adalah Doa Qunut ketika rakaat kedua solat subuh tidak dilaksanakan di Masjid Alwi. Di samping itu, mereka juga mengikut nasihat Mufti Negeri Perlis.
          Pihak Masjid Alwi juga memberikan sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan sebanyak RM 50 sebulan kepada Anak Yatim melalui Akaun Simpanan Tabung Haji. Selain itu, sumbangan berbentuk hamper dan bekalan makanan akan diberikan kepada fakir miskin sebagai sumbangan sempena Hari Raya. Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA atau IPTS di peringkat Ijazah serta tinggal di Kangar akan memperolehi sumbangan berbentuk wang dari pihak Masjid Alwi.
Antara kerusi batu yang telah didermakan

Sekeliling Masjid Alwi telah diletakkan kerusi batu untuk jemaah-jemaah berehat selepes menunaikan solat. Kerusi batu tersebut merupakan sumbangan dari individu, syarikat, dan persatuan yang bertapak di sekitar bandar Kangar. Antara organisasi yang memberi sumbangan adalah  Yayasan Pok dan Kassim, Jaya Utara Enterprise, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan lain-lain lagi.
 Masjid Alwi juga telah didaftarkan sebagai Warisan di bawah akta warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan diluluskan oleh Dato’ Profesor Emeritus Zuraina Majid (Pesuruhaya Warisan 2008) dari Jabatan Warisan Negara di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia. Oleh itu, segala renovasi dan naik taraf bangunan Masjid Alwi memerlukan kelulusan daripada Pihak Kementerian Warisan Negara.
Di bahagian hadapan bangunan Masjid Alwi terdapat sebuah landskap yang diseliakan oleh Pihak Masjid Alwi yang melibatkan Perancangan Pihak Jabatan Kerja Raya negeri Perlis dan Arkitek Swasta. Jabatan Perancangan Bandar juga terlibat dalam pembangunan lanskap tersebut. Susun atur plan pula diuruskan pihak Jabatan Perancangan Bandar dan dibuat Majlis Pembandaran Kangar (MPK). Sumber kewangan bagi membangunkan landskap tersebut disalurkan oleh Jabatan Landskap Negara. Pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Alwi juga pernah meminta bantuan daripada arkitek swasta bagi melakukan naik taraf kepada landskap sedia ada. Agensi lain yang terlibat dalam pembangunan landskap ini ialah Kementerian Pelancongan Malaysia.
Selepas hampir satu jam menemuramah Encik Hashim, saya tertarik terhadap seorang lelaki yang sedang menyapu sampah di halaman Dataran Jublin sejak dari kami mula berbual. Menurut keterangan Encik Hashim, individu tersebut merupakan mualaf yang dahulunya beragama Buddha. Apabila tamat sahaja temubual dengan bersama Encik Hashim, saya dan Hani pergi mendekati Mualaf tersebut bagi mengetahui bagaimana beliau boleh meminati ajaran Islam. Selepas habis berbual bersama mualaf tersebut, saya mengambil langkah untuk pulang ke rumah kerana sangat letih. Pada sebelah petang pula,saya berjumpa semula dengan Hani untuk mengumpulkan isi penting dari hasil temuramah bersama Encik Hashim. Pada Pagi 19 September 2010 saya mula mengarang dan selepes beberapa kali membuat pembetulan dan akhirnya (ketika ini) lengkaplah sudah Kerja Khusus ini. Sekian,terima kasih.